Lama rasanya tak update blog ni.Hari ni cik LK rasa nak story mori pasal khasiat bawang putih kepada wajah. Kita sedia maklum bawang putih sering digunakan sebahai bahan asas masakan,sebagai bumbu untuk menumis,menggoreng dan sebagainya. Satu hal yang kita jarang dengar tentang kelebihan bawang putih kepada kulit.
Salah satu manfaat paling pentng bawang putih kepada kulit ialah untuk mencegah, mengubati dan menghilangkan kesan atau parut jerawat. Yang sebenar benarnya cik LK tak berapa gemar dengan bau bawang putih itu..hihihi..tapi memang tak dapat dinafikan cik LK mmg suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan.Bagi wanita melayu kita, nak cantik sanggup sakit,sengsara,luka..hihihi..apa la sangat dengan bau bawang putih tu kan...:)
Nak dijadikan cerita,cik LK ada belek2 blog yang berkaitan bawang putih ni..bawang putih ni sendiri mempunyai peranan antibakteria dan antiviral...wah maklumat ni je dah meyakinkan cik LK sendiri nak mencubanya juga..Peranan bawang putih sebagai antibakteria dan antivirus ni dapat menghalang dan membunuh kuman yang menyebabkan masalah jerawat.Bawang putih mempunyai zat organsulfur yang diberi nama allicin,ia amat membantu untuk melembutkan dan menghaluskan tekstur wajah bak preity zinta..caranya senang saja just tambahkan sedikit sahaja ke dalam ramuan masker anda tadi,kesannya inshaAllah kulit wajah bagai bayi halusnya..:)
Satu lagi bawang putih ni juga dapat menyingkirkan garis garis halus di wajah dan sebagai agen anti penuaan.Juga dapat menghilangkan bintik bintik hitam dan putih.caranya pon mudah titiskan ke dlm pencuci muka atau scrub anda.Nak lagi berkesan luaran dan dalaman seeloknya consume skali/makan bawang putih yang segar/belom di masak...sedappp..hihihi
Kali ni cik LK nak share cara bagaimana menggunakan bawang putih untuk merawat masalah kulit jerawat.
1 ) Ambil dua ulas bawang putih,basuh sebersih bersihnya ,klu boleh gunakan air suam,kemudian tumbuk hingga halus dan jadikan masker di seluruh wajah dan leher.Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit dan bilas menggunakan air yang bersih suam.Ulangi cara ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.Oh ye..jangan lupa tutup mata dan mulut anda dengan timun untuk mengelakkan dari bau yang tidak menyenangkan dan mengelakkan mata pedih
2) Cara kedua,lakukan kaedah yang sama seperti di atas tapi kali ni tambah sedikit titisan madu.Cara ini bertujuan untuk mengurangkan bau bawang putih tersebut.selain itu juga khasiat madu itu sendiri sangat penting untuk melembabkan wajah.Ramuan ini amat sesuai sekali kepada wanita yang mempunyai kulit kering yang berjerawat.
3) Cara yang ketiga pula potong beberapa ulas bawang putih itu..kemudian sapukan ke seluruh wajah dan leher.Ulangi cara ini sehingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang maksima.Cara ni cik LK share kepada wanita yang busy dan mempunyai kekangan waktu yang terhad.
Cik LK harap tips ini dapat kita gunakan sebaiknya dan dikongsi bersama wanita wanita di luar sana.
P/S Pastikan cuci wajah anda sebelum melakukan apa sahaja rawatan,rutin yang membabitkan wajah.Semestinya wajah melayu itu aset yang tidak dapat ditukar ganti...:)..pic dibawah ialah wajah Puan siti yang mengamalkan memakan bawang putih secara konsisten setiap hari