Wednesday, 29 April 2015

CARA MEMBUAT MASKER TOMATO


Assalammualaikum WBT...:) :) :)

Tomato mempunyai kandungan yang berguna untuk memelihara fungsi organ tubuh dan melancarkansegala sistem yang sedang berjalan. Kandungan nutrien yang paling banyak adalah vitamin C dan air, apabila keduanya berkolaborasi di dalam tubuh, maka akan timbul manfaat tomato untuk kecantikan, yakni mengecilkan pori-pori dan mencerahkan kulit.

Selain digunakan sebagai bahan masakan atau sayuran/salad atau pelengkap sambal, tomato kerap dijadikan bahan pembuatan masker atau kosmetik dari beberapa produk ternama. Pembuatan masker tomato bertujuan untuk mengatasi berbagai masalah berkait rapat dengan kesehatan pada wajah dan kembali menampilkan pesona kecantikan yang seharusnya ada pada setiap wajah wanita.

Kali ni, kina nak share cara membuat tomato masker dengan melakukan kombinasi bahan lain seperti berikut:- :) :)

MASKER TOMATO BERSAMA SUSU CAIR
Susu..selain mempunyai khasiat yang baik untuk badan ia juga bagus digunakan untuk dicampur dengan tomato dan menjadi masker.Caranya blend kan tomato dulu,jangan lupa tambah sedikit air,then bila dah siap di blend,tapiskan dan buangkan segala hampas yang ada.Selepas itu campurkan dengan susu cair tadi,kemudian simapan dalam peti sejuk,sejukkan.

Cara penggunaannya ialah ambil kapas,celupkan dalam masker yang telah di sejukkan tadi,then sapukan diseluruh wajah dan leher.Hati-hati jangan sampai masuk mata plak!hihih..biarkan selama 10 min then bilas wajah ya..Masker ni berkesan untuk melicinkan,menggebukan wajah..:)



MASKER TOMATO BERSAMA LIMAU NIPIS DAN GULA
Blend kan tomato dulu,camporkan sedikit air perahan limau nipis di dalamnya..blend blend sampai halus.Kemudian tambahkan sedikit gula  merah dan gaul sampai rata atau blend kan skali lagi senang.Then,sejukkan dalam peti sejuk dlm 10 minit,biar masker tu jadi sejuk.


Cara penggunaannya,ambil masker tadi sapukan di wajah dan leher sambil mengurut wajah mengikut urutan membulat mcm kita cuci muka.Kemudian biarkan dlm 10-15 min masker tu di wajah then bilas muka dengan air suam dan di akhiri dengan air biasa(untuk menutup pori-pori halus).Selain menutup pori-pori halus di wajah masker ini juga memberi nutrien yang elok utk kesihatan wajah anda.

Ada banyak lagi cara mudah untuk membuat masker sendiri di rumah.Tak perlu risau nak beli masker dah.Sedar tak sedar bahan asas masak yang kita gunakan di dapor pon kita bole gunakan...

AKAN DATANG INSHAALLAH KINA SHARE CARA MEMBUAT MASKER TOMATO BERSAMA TEPONG JAGUNG,KENTANG,MADU,TIMUN,APRICOT DAN LAIN-LAIN

SELAMAT MENCUBA..:) :) :)



Monday, 27 April 2015

Nak kurus semulajadi!

Assalam Wanita Melayu..:)

Cik kina nak share cara nak kurus secara semulajadi.Sememangnya tumbuhan semulajadi asli amat berkesan dari produk produk yang ada di pasaran.Sumber semulajadi tidak mengandungi bahan pengawet,bahan tiruan,pewarna tiruan dan bahan bahan aktif yang merbahayakan si wanita.Tak perlu susah hati lagi,jika keinginan yang kuat untuk meguruskan badan tu ada dlm diri wanita melayu maka berjayalah.
Amaran! Tiada jalan mudah untuk kurus.Tetapi amat mudah untuk bulat gemok..:) :)

Daun Delima Muda


Buah delima mempunyai banyak cabang, serta mempunyai duri pada cabang dahannya. Terdapat tiga jenis buah delima iaitu delima merah dan delima ungu. Tanaman ini memiliki pelbagai khasiat dan setiap bahagian tanaman ini berguna, dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk kuruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sebanyak tiga gelas. Campurkan dengan sedikit garam,  dan tapis. Amalkan minum dua hingga dua hingga tiga kali sehari sebanyak setengah gelas.


Limau Nipis
Buah limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Tingginya boleh mencapai enam meter dan ia mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan kuruskan badan secara semulajadi, ambillah limau nipis dan belah empat Perahkan jusnya dan campurkan dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

Nanas 


Buah nanas dengan vitamin C serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kekacingan, sakit tekak, beri-beri, sembelit, luka terbakar, gatal, bisul dan obesiti. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan tidak terlalu masak, kupas dan cuci bersih. Potong mengikut keperluan, dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum dua kali sehari.

Lobak Merah dan Timun


Lobak  merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti iaitu dengan menjadikan ia jus. Caranya, ambil dua atau tiga batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Parut dan perahkan jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis bagi menambahkan rasanya dan minum dua kali sehari sehinggaanda mencapai berat badan yang diinginkan.

Daun Kari/Daun Salam 

Daun  salam atau dipanggil daun kari biasanya digunakan didalam masakan. Selain itu, ia juga dapat digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit, antaranya adalah kolesterol tinggi, kencing manis, tekanan darah tinggi, cirit-birit dan mengurangi obesiti. Bagi yang ingin mengurangkan obesiti/ kuruskan badan, ambil lima sehingga tujuh helai daun salam yang masih segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan daun salam sebelum makan pada waktu siang dan malam.