Monday, 25 May 2015

BAWANG PUTIH dan JERAWAT

Assalammualaikum,

Lama rasanya tak update blog ni.Hari ni cik LK rasa nak story mori pasal khasiat bawang putih kepada wajah. Kita sedia maklum bawang putih sering digunakan sebahai bahan asas masakan,sebagai bumbu untuk menumis,menggoreng dan sebagainya. Satu hal yang kita jarang dengar tentang kelebihan bawang putih kepada kulit.


Salah satu manfaat paling pentng bawang putih kepada kulit ialah untuk mencegah, mengubati dan menghilangkan kesan atau parut jerawat. Yang sebenar benarnya cik LK tak berapa gemar dengan bau bawang putih itu..hihihi..tapi memang tak dapat dinafikan cik LK mmg suka melebihkan penggunaan bawang putih dalam masakan.Bagi wanita melayu kita, nak cantik sanggup sakit,sengsara,luka..hihihi..apa la sangat dengan bau bawang putih tu kan...:)

Nak dijadikan cerita,cik LK ada belek2 blog yang berkaitan bawang putih ni..bawang putih  ni sendiri mempunyai peranan antibakteria dan antiviral...wah maklumat ni je dah meyakinkan cik LK sendiri nak mencubanya juga..Peranan bawang putih sebagai antibakteria dan antivirus ni dapat menghalang dan membunuh kuman yang menyebabkan masalah jerawat.Bawang putih mempunyai zat organsulfur yang diberi nama allicin,ia amat membantu untuk melembutkan dan menghaluskan tekstur wajah bak preity zinta..caranya senang saja just tambahkan sedikit sahaja ke dalam ramuan masker anda tadi,kesannya inshaAllah kulit wajah bagai bayi halusnya..:)


Satu lagi bawang putih ni juga dapat menyingkirkan garis garis halus di wajah dan sebagai agen anti penuaan.Juga dapat menghilangkan bintik bintik hitam dan putih.caranya pon mudah titiskan ke dlm pencuci muka atau scrub anda.Nak lagi berkesan luaran dan dalaman seeloknya consume skali/makan bawang putih yang segar/belom di masak...sedappp..hihihi

Kali ni cik LK nak share cara bagaimana menggunakan bawang putih untuk merawat masalah kulit jerawat.

1 ) Ambil dua ulas bawang putih,basuh sebersih bersihnya ,klu boleh gunakan air suam,kemudian tumbuk hingga halus dan jadikan masker di seluruh wajah dan leher.Biarkan selama lebih kurang 10-15 minit dan bilas menggunakan air yang bersih suam.Ulangi cara ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan.Oh ye..jangan lupa tutup mata dan mulut anda dengan timun untuk mengelakkan dari bau yang tidak menyenangkan dan mengelakkan mata pedih
2) Cara kedua,lakukan kaedah yang sama seperti di atas tapi kali ni tambah sedikit titisan madu.Cara ini bertujuan untuk mengurangkan bau bawang putih tersebut.selain itu juga khasiat madu itu sendiri sangat penting untuk melembabkan wajah.Ramuan ini amat sesuai sekali kepada wanita yang mempunyai kulit kering yang berjerawat.
3) Cara yang ketiga pula potong beberapa ulas bawang putih itu..kemudian sapukan ke seluruh wajah dan leher.Ulangi cara ini sehingga 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang maksima.Cara ni cik LK share kepada wanita yang busy dan mempunyai kekangan waktu yang terhad.
Cik LK harap tips ini dapat kita gunakan sebaiknya dan dikongsi bersama wanita wanita di luar sana.
P/S Pastikan cuci wajah anda sebelum melakukan apa sahaja rawatan,rutin yang membabitkan wajah.Semestinya wajah melayu itu aset yang tidak dapat ditukar ganti...:)..pic dibawah ialah wajah Puan siti yang mengamalkan memakan bawang putih secara konsisten setiap hari

Tuesday, 12 May 2015

ECZEMA & DAUN SIRIH

Assalammualaikum,

Malam ni cik kina rasa nak cerita tentang eczema. APAKAH ITU ECZEMA? ialah kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali semasa bayi dan sebelum anak berusia 2 tahun.Walaubagaimanapon,  kebanyakan yang menghidap eczema akan beransur pulih menjelang umur sehingga belasan tahun .Tidak ada cara untuk memulihkan nya,namun ia boleh dikawal dengan rawatan tertentu.Cuba tengok baby comel anak omputih ni kesian tengok kulit badan dia.huhuhu


Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.Keadaan ini mengakibatkan mereka yang mempunyai eczema merasa tidak selesa terutamanya bayi.Mereka akan menggaru kulit yang gatal itu sehingga luka dan berdarah sehingga mendatangkan infection yang teruk.



Cik kina sendiri adalah penghidap eczema.Tapi cik kina mendapat eczema semasa umur belasan tahun.Cik Kina menyedari menghidap eczema dengan simphtom kulit menjadi bengkak,kemudian naik pula bintik merah,makin digaru makin membengkak.Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.Bermacam makanan Cik Kina elakkan seperti seafood, belacan.Tapi kadang-kadang tersasar jugak,hihih.

Kesannya bila je datang gatalnya tu sampaikan cik kina takdapat tidur malam.Cik kina terpaksa pg ke klinik untuk suntikan steroid,dengan cara tu lega la sekejap

Cik kina tertarik dengan satu article tapi dah lupa di mana cik kina jumpa yang menyatakan khasiat daun sirih dalam merawat eczema secara luaran.Banyak lagi sebenarnya khasiat daun sirih ni.Next post cik kina akan share lagi ya..:) Harini Cik Kina nak share khasiat sirih untuk pengidap eczema.Caranya mudah sahaja.





Sediakan 6 helai daun sirih,sepotong kunyit dan 5 sudu kecil minyak kayu putih.Minyak kayu putih ni uolls boleh dapatkan di kedai-kedai jamu dan kadang kedai runcit biasa atau kiosk2 kecil kat mall tu. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama sampai la halus. Perlu diingatkan disini,dilarang menggunakan lesung batu yang tumbuk sambal belacan.Alamat jadi panas pulak nanti.hihih.Selepas itu ambil bahan yang telah ditumbuk lumat tadi dan di gosok di permukaan kulit yang gatal itu.

Selamat mencuba ya...:) :)