Tuesday, 12 May 2015

ECZEMA & DAUN SIRIH

Assalammualaikum,

Malam ni cik kina rasa nak cerita tentang eczema. APAKAH ITU ECZEMA? ialah kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali semasa bayi dan sebelum anak berusia 2 tahun.Walaubagaimanapon,  kebanyakan yang menghidap eczema akan beransur pulih menjelang umur sehingga belasan tahun .Tidak ada cara untuk memulihkan nya,namun ia boleh dikawal dengan rawatan tertentu.Cuba tengok baby comel anak omputih ni kesian tengok kulit badan dia.huhuhu


Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.Keadaan ini mengakibatkan mereka yang mempunyai eczema merasa tidak selesa terutamanya bayi.Mereka akan menggaru kulit yang gatal itu sehingga luka dan berdarah sehingga mendatangkan infection yang teruk.



Cik kina sendiri adalah penghidap eczema.Tapi cik kina mendapat eczema semasa umur belasan tahun.Cik Kina menyedari menghidap eczema dengan simphtom kulit menjadi bengkak,kemudian naik pula bintik merah,makin digaru makin membengkak.Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.Bermacam makanan Cik Kina elakkan seperti seafood, belacan.Tapi kadang-kadang tersasar jugak,hihih.

Kesannya bila je datang gatalnya tu sampaikan cik kina takdapat tidur malam.Cik kina terpaksa pg ke klinik untuk suntikan steroid,dengan cara tu lega la sekejap

Cik kina tertarik dengan satu article tapi dah lupa di mana cik kina jumpa yang menyatakan khasiat daun sirih dalam merawat eczema secara luaran.Banyak lagi sebenarnya khasiat daun sirih ni.Next post cik kina akan share lagi ya..:) Harini Cik Kina nak share khasiat sirih untuk pengidap eczema.Caranya mudah sahaja.





Sediakan 6 helai daun sirih,sepotong kunyit dan 5 sudu kecil minyak kayu putih.Minyak kayu putih ni uolls boleh dapatkan di kedai-kedai jamu dan kadang kedai runcit biasa atau kiosk2 kecil kat mall tu. Semua bahan tersebut ditumbuk bersama-sama sampai la halus. Perlu diingatkan disini,dilarang menggunakan lesung batu yang tumbuk sambal belacan.Alamat jadi panas pulak nanti.hihih.Selepas itu ambil bahan yang telah ditumbuk lumat tadi dan di gosok di permukaan kulit yang gatal itu.

Selamat mencuba ya...:) :)

2 comments:

  1. assalam.. kalau untuk bayi sesuai x cara ne?

    ReplyDelete
  2. Doh kunyit ke halia dlm ganbo tu.bahang rambang mu

    ReplyDelete